'PN sukar yakinkan pelabur kerana majoriti tipis di parlimen'

  • 4 years ago
Bekas menteri kewangan II Johari Abdul Ghani memberitahu bahawa kestabilan politik sangat penting untuk pemulihan ekonomi semasa pasca-Covid-19.

Memetik laporan Harian Metro, beliau menjangkakan sukar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berusia lima bulan, dengan hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat, untuk menarik pelaburan asing.