Papagomo didakwa aib, cederakan Syed Saddiq
  • 5 years ago
EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas 2 pertuduhanmasing-masing di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaib dengan mengelaurkan perkataan 'bodoh' dan Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Bagaimanapun Papagomo mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut dalam satu insiden pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.Hakim Mahkamah Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah memerintahkan Papagomo membayar wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri ke balai polis sekali dalam sebulan.1 April depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.