"Apa sebab korang marah Najib," soal Papagomo

  • 7 years ago
Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih popular dengan gelaran 'Papagomo' berkongsi pandangan mengenai persepsi orang awam yang terlalu menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam setiap perkara yang berlaku.

Kata Wan Muhammad Azri, setiap tindakan yang dilakukan oleh Najib adalah bersifat jangka masa panjang untuk kebaikan rakyat Malaysia.

"Apa yang Najib rompak korang ni? Apa yang menyebabkan korang marah sangat dengan Najib? Apa benda yang Najib telah buat sampai korang betul-betul marah sangat pada Najib Razak?

"Sebab rata-rata saya pergi ramai orang cakap kata Najib Razak ni tak bolehlah, Najib Razak rompak duit kitaoranglah, samun kitoranglah, Najib Razak tindas kitoranglah, buat hidup kitorang tertekanlah.

"Najib satu sen duit korang dia tak rompak. Kenapa? Asal usul Najib Razak ini golongan bangsawan. Dia ni bukan baru kaya," katanya dalam sebuah rakaman yang ditujukan kepada pengikut-pengikutnya di media sosial.

Rakaman tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen.