Afif- Saya tak tahu dipecat sebab apa

  • 4 years ago
Menyentuh mengenai pemecatannya dalam PKR sebelum ini, Dr Afif Bahardin yang juga merupakan bekas exco Pulau Pinang berkata beliau tidak pernah sekali pun dipanggil oleh mana-mana mesyuarat atau lembaga disiplin untuk menjelaskan tentang kedudukannya ketika itu.

Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR, Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional AMK 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 6 Dis tahun lepas

Katanya, beliau telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikatakan menyebut dirinya sebagai pencetus kepada rusuhan yang berlaku pada Kongres Angkatan Pemuda tahun lalu.

Recommended