'Pakar beritahu keadaan Najib memuaskan, tidak ada sebab perlu kekal di HKL'
  • 2 years ago
Tidak ada sebab untuk Najib Razak ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hujung minggu lalu selepas beberapa doktor pakar yang merawatnya mengesahkan kesihatan bekas perdana menteri itu dalam keadaaan memuaskan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah disampaikan kepada ahli keluarga Najib dan dia perlu menjawab perkara itu bagi menjaga integriti kementeriannya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa sebelum ini mendakwa bapanya telah meminta untuk dimasukkan ke wad tetapi HKL sebaliknya membenarkannya keluar.