PKR dan Amanah didakwa pencacai DAP, ini penjelasan Anwar Ibrahim
  • 4 years ago
"Di mana saya pencacai DAP?"

Itulah yang disoalkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim apabila beliau ditanya mengapa PKR dan Amanah sering dilihat menjadi pencacai DAP.

Katanya mereka bergerak dalam satu pakatan kerana telah mempersetujui mempertahankan prinsip keutamaan keistimewaan Islam, raja-raja Melayu.

Namun katanya, ada beberapa hal yang beliau tidak setuju dengan DAP yang membabitkan selain prinsip yang dipertahankan itu.