Kajian: Belia lihat Wan Azizah 'pak turut', tidak senang 'penglibatan' Anwar

  • 6 years ago
IMAN Research, sebuah pusat penyelidikan yang meneliti isu-isu kemasyarakatan, agama (kepercayaan) dan persepsi, baru-baru ini telah melibatkan penyertaan warga belia dalam sebuah kajian 'focus group' untuk melihat bagaimana para belia telah membawa perubahan politik terbaru di tanah air.

Dalam kajian itu, para belia yang ditemui melihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak lebih hanya pak turut kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belia juga merasakan tidak senang dengan penglibatan Anwar dalam politik selepas keluar dari penjara dan lebih suka Anwar kekal sebagai ikon Reformasi sahaja.

Bagaimanapun kajian 'focus group' itu hanya meliputi 40.9% pengundi berdaftar yang berusia antara 21 dan 39.

Diskusi Kelompok (Focus Group Discussion [FGD]) dipilih sebagai kaedah utama dalam pengumpulan maklumat, yang melibatkan penyertaan 5-7 peserta dalam setiap sesi. Tidak
seperti kaedah-kaedah pengumpulan maklumat yang lain, FGD ini berbeza kerana penyelidik belajar tentang pendapat para peserta tentang sesuatu topik secara langsung dan melalui interaksi mereka di antara satu sama lain.

Setiap kumpulan mengandungi peserta yang tidak mengenali sesama sendiri dan peserta juga boleh mengutarakan pendapat dan pandangan mereka tentang subjek yang dibentangkan di antara peserta-peserta lain.