Ibu Wan Azizah meninggal dunia
  • 2 years ago
Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mariah Khamis, meninggal dunia awal pagi tadi.

Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid al-Mustaqim, Ampang.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/640843
Sumber visual: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/1854468538219249