Warga emas dibantu jalani hari tua lebih baik - Wan Azizah

  • 5 years ago
Kerajaan sedang berusaha memperbaiki kualiti hidup golongan warga emas, maklum Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini melibatkan aktiviti dan program menyasarkan golongan berkenaan serta memperkenalkan prasarana khas bermula dengan projek pertama di Taiping.

"Orang yang dah warga emas ini juga kita teliti kerana negara menjurus kepada negara tua.

"Ini juga yang kita buat program, kerana ada anak-anak mengabaikan ibu bapanya yang sudah tua. Anak-anak bekerja, tak ada siapa yang jaga rumah, itu satu .

"Yang satu lagi adalah apabila mereka duduk di rumah, dulu ada pangkat ada aktiviti, namun sekarang ini duduk saja.

"Ada sesuatu yang kita belajar dari Jepun, (warga emas) mati keseorangan. Jadi ini adalah usaha-usaha kementerian nak menangani supaya tidak berlaku begitu," katanya.

Menurut Wan Azizah kementeriannya akan merangka program untuk golongan warga emas berdasarkan minat mereka.

"Kalau pak cik nak pergi masjid, kita tak akan bagi dia (pergi kelas tarian ) zumba," jelasnya.