Hasil kajian Akta 711 dibentang kepada Jemaah Menteri bulan depan - Wan Junaidi

  • 2 years ago
Hasil kajian dan parameter bagi cadangan penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dijadual dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata tujuh isu melibatkan pindaan beberapa Seksyen akta itu masih dalam kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711.

Beliau menjawan soalan Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengkaji semula akta itu dan keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes salah laku serta rasuah berprofil tinggi.