Lokman cabar bos SPRM
  • 6 years ago
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata tindakan untuk menyaman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull hanyalah sesuatu yang membuang masa.

Lokman berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau antara sejumlah penyokong yang menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menandatangani dokumen yang perlu selepas pembayaran baki RM500,000 bayaran ikat jamin bagi empat tuduhan yang dihadapinya berkaitan bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Lokman mengulas kenyataan Shukri Sabtu lalu yang dilaporkan mengalu-alukan pihak yang tidak berpuas hati dengan siasatan SPRM berhubung perkara itu untuk membuat laporan polis atau saman sivil terhadapnya.

Lokman membidas Shukri kerana menurutnya menyalahgunakan kedudukan untuk membalas dendam terhadap keluarga Najib dengan membekukan akaun bank mereka.