'Jangan sesekali cabar kami!'

  • 5 years ago
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli berkata PAS akan mengadakan perhimpunan besar untuk membantah kenyataan tiga pemimpin DAP jika enggan memohon maaf secara terbuka. Hanafi berkata, sekiranya pemimpin DAP masih berdegil, PAS tidak akan teragak-agak untuk menghimpunkan sejumlah besar orang tanpa mengira kaum.Hanafi yang ditemui media selepas Pemuda PAS Selangor menyerahkan memorandum kepada DAP turut menjelaskan, beliau percaya bahawa tidak semua orang Cina bersetuju dengan tingkah laku pemimpin DAP tersebut.Terdahulu kira-kira 50 orang pemuda Pas Selangor berkumpul di luar ibu pejabat DAP untuk menghantar memorandum berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan ADUN Mengkibol dari DAP, Chew Chong Sin.Pada 3 Mac, Nga memberitahu akhbar Cina bahawa jika gabungan Umno-PAS akan berkuasa, Malaysia akan menjadi negara Taliban. Pada 6 Mac, Lim mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina yang menggesa MCA segera meninggalkan BN kerana Umno dan PAS kini "mengisytiharkan perang" ke atas orang bukan Islam. Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan pembetulan beberapa jam kemudian, yang menggantikan ungkapan "mengisytiharkan perang" dengan "sasaran".Kedua-dua pernyataan asal dan versi yang diperbetulkan adalah dalam bahasa Cina dan dikeluarkan dalam kapasitinya sebagai pemimpin DAP. Sekurang-kurangnya 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadapnya dan polis sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.Pada Jumaat lepas, Chew dalam kenyataan awalnya selepas tragedi di Christchurch meluahkan kebimbangan mengenai kerjasama Umno dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.Katanya, kejadian tembakan itu harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.Kenyataan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak sensitif.Ekoran daripada itu, Chew menarik balik kenyataan itu atas alasan ia telah menyebabkan "salah faham" dan membuat permohonan maaf sebanyak tiga kali.