Patung 'Barbie berhijad' jadi tumpuan media sosial

  • 8 years ago
Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial di United Kingdom selepas dia memuat naik gambar anak patung Barbie dalam pelbagai busana menutup aurat rekaannya.

Katanya, anak patung itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki tanggapan salah bahawa majoriti wanita Islam dipaksa menutup aurat konon semata-mata untuk melambangkan agama anutan mereka.

Pemegang Ijazah Sarjana Farmakologi dari United Kingdom itu kini mempunyai 19,400 pengikut menerusi media sosial dan mula menerima tempahan Barbie berhijab dari seluruh dunia.