Menteri: Tenang, polis siasat hantaran media sosial isu pelarian Rohingya
  • 4 years ago
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis sedang menyiasat audio, video dan berita mengenai isu pelarian Rohingya ke negara ini, sehingga menimbulkan kenyataan berbaur kebencian di media sosial baru-baru ini.

Beliau turut hairan mengapa isu kedatangan Rohingya itu tiba-tiba dibangkitkan, sedangkan kedatangan mereka sebelum ini telah mendapat simpati dari Malaysia ekoran pelbagai musibah yang ditimpa mereka seperti dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.