Langgar baiah, bekas pemimpin PAS bayar kafarah esok

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta beberapa rakan lain akan membayar kafarah atau tebus dosa kerana melanggar baiah atau sumpah dengan memberi fakir miskin makan berikutan tindakan mereka menyertai parti baru.

Menurut Khalid, majlis itu akan diadakan pada malam esok di Shah Alam dengan memberi makanan kepada golongan miskin.