"Bersuaralah"- Kit Siang gesa bekas pemimpin kerajaan jawab dakwaan Abbott

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menyeru pimpinan tertinggi kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu membuat kenyataan bagi membalas dakwaan mengejutkan yang dibuat oleh bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott.

Tony Abbott dalam satu dokumentari yang akan disiarkan hari ini mendakwa, pihak tertinggi kerajaan Malaysia pernah memberitahunya bahawa tragedi MH70 merupakan satu jenayah bunuh diri yang dilakukan oleh juruterbangnya.

Pesawat MH370 berkenaan dipandu oleh Kapten Malaysia, Zaharie Ahmad Shah.

Dalam satu kenyataan, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia dan Australia pasti terkejut dengan dakwaan Abbott itu dan akan menantikan penemuan baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 dalam dokumentari yang bakal disiarkan di saluran Skynews, Australia

Kit Siang turut menyeru supaya satu siasatan di peringkat antarabangsa dilakukan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas perdana menteri Australia itu.