Pua berpakaian ‘banduan’ ikrar terus dedah skandal 1MDB

  • 9 years ago
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada majlis mengumpul dana parti di Dewan Sivik Petaling Jaya malam semalam mencuri tumpuan apabila tampil berpakaian ala banduan sambil berucap.

Katanya, pakaian itu sebagai persediaan sekiranya ditangkap kerana beliau akan terus mendedahkan skandal 1MDB dan khususnya peranan sebuah ‘syarikat minyak’ dari Timur Tengah.