Israel ikrar terus serang Gaza

  • 9 years ago
Tentera Israel berikrar akan meneruskan serangan ke atas Gaza, selepas berakhirnya gencatan senjata selama tujuh jam.

Gencatan senjata itu susulan kemarahan masyarakat dunia terhadap pengeboman ke atas sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Palestin.

Menurut jurucakap tentera, Leftenan Kolonel, Peter Lerner, Tel Aviv akan menyambung semula operasi termasuk serangan udara bagi melumpuhkan keupayaan pejuang Hamas di Gaza.