PAC 'tanpa pengerusi' ikrar terus siasatan 1MDB

  • 9 years ago
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB sekalipun pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga ahlinya telah dilantik menyertai kabinet.

Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata, masih terdapat sembilan anggota yang masih boleh menjalankan tugas kerana Perkara 83(3) Peraturan Dewan Rakyat menyatakan kuorom untuk jawatankuasa parlimen bersidang memerlukan sekurang-kurangnya tiga ahli.