Video: Etnik Rohingya terus diserang, MAPIM kata ibarat Gaza kedua

  • 7 years ago
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata serangan berterusan terhadap etnik Rohingya di Arakan, Myammar ibarat Gaza kedua.

Keadaan yang semakin buruk, dikepung di kawasan terbuka dengan sempadan dan laluan ditutup.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jiran paling hampir dengan Arakan iaitu Bangladesh juga telah menutup pintu dan tindakan segera perlu diambil bagi menyelamatkan saudara seagama yang ditindas sejak puluhan tahun lalu.

Katanya umat Islam di sana rumahnya dibakar pelampau agama dan dibantu anggota keselamatan tanpa belas kasihan hingga mereka terpaksa lari ke kawasan yang selamat.