Keluarga mangsa MH17 diminta tidak ke Ukraine

  • 9 years ago
Keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dinasihatkan agar tidak ke kawasan kejadian buat masa ini.

Menurut Bernama yang memetik seorang daripada waris penumpang, Norimah Dewa, pihak kerajaan memaklumkan kepada mereka bahawa kawasan berkenaan adalah zon bahaya dan keselamatan mereka tidak dapat dijamin.