15 keluarga mangsa MH17 setuju terima pampasan

  • 9 years ago
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa lima belas keluarga mangsa dari Malaysia bersetuju menerima bayaran pampasan awal bernilai US$50,000 atau RM163,817 daripada syarikat Malaysian Airlines (MAS).

Dalam jawapannya kepada Fong Kui Lun (Bukit Bintang - DAP), katanya jumlah pampasan penuh akan diuruskan oleh MAS mengikut undang-undang tertakluk kepada Konvensyen Montreal.