MH17: Telefon bimbit, kad kredit mangsa kena curi

  • 9 years ago
Beberapa orang saudara mangsa nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah cuba menghubungi telefon bimbit mangsa dan mendapati ia dijawab oleh individu yang tidak dikenali dengan suara loghat Eropah timur.

Perkara berkenaan dilihat membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa kumpulan pemisah pro-Rusia telah menggeledah kawasan kejadian dan mencuri barangan peribadi penumpang.