'Kita punya nasi hari-hari kena curi!'

  • 5 years ago
Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) menuntut kesamarataan di antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing menerusi satu perhimpunan aman oleh sekumpulan pemandu teksi di Padang Merbok, ibu negara hari ini.

Presidennya Kamarudin Mohd Hussain berkata pihaknya tidak membantah perkhidmatan e-hailing daripada beroperasi namun pihaknya melihat komuniti e-hailing menikmati beberapa kelebihan berbanding pemandu teksi.

Justeru, Kamarudin mendesak Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi perhatian sewajarnya dan akan menghantar memorandum berkenaan tuntutan itu kepada Kementerian Pengangkutan di Putrajaya dalam masa terdekat.

Recommended