Perlu disiplin, jika tidak kita sendiri kena Covid-19 - Dr M

  • 4 years ago
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meskipun Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April depan, ia adalah tindakan untuk kesejahteraan orang ramai dalam membendung wabak ini daripada terus merebak.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai supaya berdisiplin kerana sekiranya gagal pada arahan itu, penyakit itu akan berterusan dan lambat-laun akan terkena pada diri sendiri.

Dr mahathir juga berharap tempoh perintah ini akan dimanfaatkan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah untuk mengelakkan kebosanan duduk di rumah.

Beliau berkata demikian dalam video Pesanan Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.

Vide berdurasi selama 188 saat itu disiarkan di laman YouTube rasmi beliau, Chedet Official.

Recommended