‘Pengerusi SPR kena berundur jika bawah 50% keluar mengundi’
  • 2 years ago
Lim Kit Siang menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh untuk meletakkan jawatan jika kadar keluar mengundi di PRN Melaka berada di bawah 50 peratus.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, sekiranya perkara itu berlaku, ini menunjukkan SPR jelas telah gagal menjalankan tugas.