PRN Sabah: 35 peratus keluar mengundi awal setakat 10 pagi
  • 4 years ago
Peratusan keluar mengundi dalam proses undi awal setakat pukul 10 pagi ialah 35 peratus, menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Sementara itu menurut Bernama, seramai 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak mengundi awal kerana masih dikuarantin.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, anggota yang terbabit dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.