Telefon bimbit Zalina kali terakhir dikesan aktif pada 20 Nov

  • 2 years ago
Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita televisyen, Zalina Shaharah Azman dikesan aktif adalah pada 20 Nov tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan.