Seluruh negara bertafakur hormati mangsa MH17

  • 9 years ago
Tepat pada 10.54 pagi tadi seluruh negara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selepas jenazah mereka tiba di tanah air.

Mereka dibawa dengan sebuah pesawat khas dari Belanda.

Jalur Gemilang dikibar separuh tiang ketika negara apabila ribuan rakyat bersatu dalam hiba bagi mengenang nyawa warganya yang diragut apabila pesawat MH17 yang membawa 298 orang ditembak jatuh.