Dewan Rakyat bertafakur mengingati tahun ke-8 tragedi MH17

  • 2 years ago
Pembukaan mesyuarat kedua penggal kelima Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan ahli dewan bertafakur selama seminit bagi memperingati ulang tahun ke-8 tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines, yang ditembak jatuh di timur Ukraine.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar ahli keluarga dan sahabat mangsa yang terkorban kekal tabah dalam mengharungi dugaan tersebut.