M'sia hantar penyelam cari mangsa MH17 di Ukraine

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa masih ada 62 mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang belum dijumpai dan dikhuatiri semua mangsa itu jatuh di sebuah tasik di timur Ukraine.

Bercakap kepada wartawan sejurus tiba dari Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), katanya, Malaysia akan sedia menghantar 10 penyelam pasukan komando VAT69 bagi mengeluarkan mayat dan serpihan bangkai pesawat berkenaan.