Dakwaan MB S'gor tak betul, kelirukan rakyat, kata menteri

  • 9 years ago
Dakwaan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan pusat melanggari perjanjian utama penstrukturan air di Selangor adalah tidak betul dan mengelirukan orang awam.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian berkenaan telahpun dikuatkuasakan.

Katanya, sungguhpun perjanjian utama sudah ditandatangani pada 12 September lalu, ia masih belum lagi berkuatkuasa kerana terdapat conditions precedent (CPs) yang belum dipenuhi.