Menteri: Umno tak mahu presiden rompak duit rakyat

  • 9 years ago
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulangi kenyataan bahawa Umno tidak mahu seorang presiden parti yang merompak duit rakyat.

Sambil mempertahankan RM2.6 bilion yang didakwa sebagai derma yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya apabila timbul tomahan atau fitnah, siasatan terperinci perlu dibuat tanpa perlu campur tangan luar.