Dakwaan vape ganja tak masuk akal kata peniaga

  • 8 years ago
Dakwaan kerajaan bahawa terdapat ganja dalam perasa vape yang dijual tidak masuk akal, kata peniaga yang menyertai protes di luar pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Justeru, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menuntut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhenti mengeluarkan kenyataan sebegitu atau berdepan tindakan undang-undang.