S’gor pertimbang pekerjaan untuk Zaidi, kata MB

  • 9 years ago
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri Selangor sedia mempertimbangkan jawatan kepada bekas Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana kesalahan memberi kenyataan media berhubung isu dakwat kekal.

Beliau juga menyambut baik kenyataan Zaidi yang mahu memberi perkhidmatannya kepada Pakatan Rakyat kerana katanya, ia adalah hak demokrasi pegawai tentera itu.