Ulama: PAS kena terima jawatan MB S'gor

  • 9 years ago
Meskipun terdapat beberapa desakan supaya PAS menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya sultan menawarkan jawatan berkenaan, namun seorang pemimpin kanan berpendapat parti itu perlu menerima perlantikan berkenaan.

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed berkata tidak ada sebab bagi PAS bermusuhan dengan istana dengan mengengkari titah baginda.