Abdullah Sani gesa MB kaji jawatan abang Raja Petra

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra - Raja Idris Kamaruddin dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Dengan mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan Perangsang, katanya, prestasi Raja Idris kurang memberangsangkan.