Pembangkang S'gor tolak jawatan pengerusi PAC

  • 9 years ago
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak pelantikan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC).

Katanya, beliau akan menulis surat kepada Speaker Dewan, Hannah Yeoh untuk memaklumkan penolakan itu.

Menurut Shamsudin, pelantikan berkenaan tidak bermakna kerana BN selaku PAC tidak mempunyai kuasa untuk menyemak kira pentadbiran negeri kerana jawatankuasa itu hanya mempunyai dua wakil BN.