'Kenapa tak wajar letak jawatan? Umno kena buang penyakit' - Tajuddin kepada Annuar
  • 3 years ago
Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Presiden Umno Zahid Hamidi wajar unutk menggesa menteri Umno untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

Tajuddin juga berkias bahawa Umno perlu membuang penyakit yang ada dalam parti Umno.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang menteri daripada parti itu untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet dengan serta-merta kerana pemimpin tersebut ibarat sebagai ‘makhluk perosak’ dan mendakwa menteri berkenaan menikam Umno dari belakang.