Apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan - PM
  • 4 years ago
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri seperti yang telah dijanjikan, iaitu selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.

Ketika menjawab soalan pemberita sama ada isu peralihan kuasa akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Jumaat ini, beliau menyatakan "tidak tahu" dan akan hanya mempengerusikan mesyuarat itu nanti.