Skip to main contentSkip to footer
  • 5/27/2025
DI sebalik gaya fesyen yang sering menjadi perhatian, pelakon Mimi Lana seorang yang cukup reserved tetapi bijak mengekspresikan emosi di layar. Dia tidak mudah larut dek dunia glamor, sebaliknya lebih bersikap low profil.

Melangkah tenang dalam fasa baharu kehidupan sebagai seorang isteri yang termeterai pada 14 Februari lalu bersama pelakon Syafiq Kyle, Mimi Lana tidak lokek berkongsi cerita mengenai alam rumah tangga yang baru dilayari kira-kira tiga bulan lalu.

Pun begitu, apabila diutarakan persoalan mengenai sikap segelintir selebriti yang suka menjaja kisah peribadi di media sosial, duta jenama FILA iaitu Echappe VC V2 itu bagaimanapun memilih untuk berkongsi sekadar perlu sahaja.

Nak tahu apa katanya, jom saksikan video ini. Mimi Lana juga turut mengulas mengenai masakan ibu mentuanya. Banyak lagi perkongsian anak jati Taiping, Perak itu termasuklah tentang 'mini honeymoon' dan soal zuriat yang dikongsikan bersama SinarPlus baru-baru ini.

Segalanya terjawab menerusi pendedahan tuan punya badan bersama penulis. Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk cerita penuh.

Jangan lupa follow kami di X, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Personaliti: MIMI ROZAIANA ZAINAL ABIDIN (@missmimilana)
Teks/Video: ZAITON ABDUL MANAF(@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Category

People

Recommended