PELAKON Ummi Nazeera, satu nama yang cukup kuat dalam industri lakonan dan terkenal membawakan watak yang membabitkan air mata. Setiap kali beliau muncul di kaca televisyen pasti lakonannya berjaya meruntun jiwa orang ramai.
Ibu kepada dua orang puteri dan isteri kepada doktor Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tidak lari dari berkongsi kehidupannya di sosial media. Memandangkan pasangannya juga seorang pempengaruh di platform berkenaan.
Namun, banyak berkongsi juga boleh mendatangkan bahaya iaitu mengundang penyakit ain.
Jom dengarkan jawapan dari wanita berusia 34 tahun yang kini sedang popular dengan watak Suri dalam drama Andai Bukan Dia.
Pelbagai lagi topik menarik tentang Ummi Nazeera SinarPlus kupaskan dalam akhbar Sinar Ahad yang mana beliau berpeluang mengabadikan wajah manisnya sebagai penghias muka depan sisipan SinarPlus.