Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Rundingan tarif AS tak akan ubah pendirian Malaysia terhadap isu Gaza, Iran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan berganjak daripada terus lantang bersuara menegakkan keadilan di Gaza dan negara Asia Barat termasuk Iran, walaupun jika ia menjadi penyebab negara dikenakan tarif timbal balas yang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS).

Beliau melihat adalah tidak adil penetapan tarif yang tinggi oleh AS jika ia disebabkan oleh kelantangan negara mengecam tindakan genosid di Gaza.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Parlimen #tarifAS #KarnivalSiangMalam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih, Mua. Kita masih ada waktu sehingga Ogos dan rundingan masih diteruskan.
00:08Saya tidak mahu pre-empt tetapi dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Akses di Singapura dan Mark Rubio ke sini baru-baru ini,
00:19walaupun disinggung hal itu tapi tidak menjadi isu pokok dalam perbincangan dengan mereka.
00:26terif di Malaysia itu masih lebih rendah daripada Vietnam atau Cambodia, Thailand.
00:34Tetapi kita tidak anggap keputusan Amerika itu adil.
00:41Dia unilateral. Dia melanggar semua prinsip-prinsip WTO dan perdagangan antarabangsa dan perjanjian telah ditermenterai.
00:50dan kita telah suarakan dan benar Mua sebutkan kerana kelantangan Brazil dan Presiden Brazil,
00:57sahabat kita Presiden Lula yang insyaAllah akan sampai di sini bulan Oktober.
01:02Dia telah berjanji untuk datang dan rasa senang untuk hadir.
01:07Dia oleh kerana kelantangan dia menyerang Amerika Syarikat atas soal genocide di Gaza
01:14dan menentang langkah-langkah unilateral untuk menekan dengan negara berkembang
01:19termasuk yang terlibat dalam BRICS kerana Presiden Lula Brazil itu menganjurkan senang BRICS baru-baru ini.
01:26Maka dikenalkan 50% tarif.
01:29Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lalu.
01:34masih belum ada tanda-tanda tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan.
01:43Yang besar ialah kerana E&E, semiconductor dan chips.
01:47Kerana pengeluaran kita itu seperti yang pernah saya sebut di Dewan,
01:5160% dari pengeluaran kita itu ke Amerika Syarikat.
01:55Tapi di sebaliknya, Amerika Syarikat juga memerlukan chips dan E&E dari Malaysia
02:02sekitar 25% sampai keperluan Amerika Syarikat.
02:06Jadi kita harap dan doa insyaAllah dapat diselesaikan dengan baik.
02:10Tetapi apapun kesan ataupun ugutan ataupun bantahan mereka dalam soal pendirian kita
02:17dalam isu Palestine, Gaza atau hubungan baik kita dengan Iran
02:21itu tidak akan merubah pendirian kita tegas sebagai negara berdeka dan berdaulat
02:27menyuarakan pandangan kita.

Recommended