Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 7/6/2025
Dasar dan polisi kerajaan Perpaduan yang didakwa tidak menentu boleh membuka peluang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, walaupun situasi semasa bukan penentu utama keputusan pilihan raya, namun ia boleh menjadi asas kepada kecenderungan pengundi menjelang tempoh tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737191/berita/politik/dasar-tak-menentu-ph-bn-buka-ruang-pn-ambil-alih-kerajaan---mohd-radzi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PN #RadziJidin #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Lama sebelum pemilihan parti dan akhirnya bila pemilihan parti berlaku
00:04keputusan yang dibuat oleh pewakilan adalah seperti mana yang diminta oleh presiden
00:11maknanya kami semua ini adalah orang presiden, kami semua ini adalah orang Tan Sri Muhyiddin
00:17jadi tidak timbul isu lah, kononnya ada dalam bersatu nak jatuhkan Tan Sri dan sebagainya
00:23kerana jelas bahawa itulah yang dihasratkan oleh beliau
00:27dan kami semua bersama-sama telah dipilih oleh pewakilan berdasarkan mandat yang telah dinyatakan oleh yang berhormat Tan Sri Presiden
00:37saya rasa itu jelas, kabar angin itu bagi saya itu semata-mata kabar angin tidak ada kebenaran disebalik kabar angin tersebut
00:46ini tak perlu sembuh-sembuh, ini darat
00:48saya tak kata situasi semasa, saya kata apabila nak masuk pilihan raya
00:53keadaan pada waktu itu akan menjadi asas kepada bagaimana tindakan pengundi
01:01saya sebutkan tadi bahawa swing ini boleh berlaku ke kiri dan ke kanan
01:06namun begitu kalau kita lihat keadaan semasa
01:09maka sekiranya keadaan ini, kerajaan ini berterusan dengan polisi-polisi dan dasar-dasar tidak menentu ini
01:17saya yakin bahawa rakyat akan melihat kerajaan ini tidak mampu untuk memimpin negara dan bersedia
01:23untuk memberi peluang kepada Perikatan Nasional
01:25yang jelas ya, ada waktu krisis, saya sebut tiga krisis serentak
01:29krisis ekonomi, krisis kesihatan, krisis politik
01:33kita dapat mentadbir negara dengan begitu baik
01:36terima kasih kerana menonton!

Recommended