Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Seorang pegawai khidmat pelanggan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu atas empat pertuduhan iaitu memiliki dan mengedar dadah serta memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua wanita di lampu isyarat Temerloh, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Chun Kok Keong 38 tahun, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis heroin seberat kira-kira 0.85 gram di hadapan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 12 Jun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734335/berita/semasa/lelaki-edar-dadah-sebabkan-kematian-dua-wanita-berdepan-hukuman-mati

#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #kesdadah #sebabkankematian #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Seorang pegawai ikmat pelanggan dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Temerloh pada rabu atas empat pertuduhan iaitu memiliki dan mengedah dadah serta memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua wanita di lampu isyarat Temerloh.
00:13Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Chun Kok Kiong, 38 tahun, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis heroin seberat kira-kira 0.85 gram dihadapan lobi ibu pejabat polis daerah Temerloh kira-kira jam 12.30 malam pada 12 Jun lalu.
00:29Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Kurungan 2 Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 Pindaan 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Kurungan 3 Akta Sama.
00:41Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dihadapan Magistrat Tan E. King selepas ia dibacakan oleh Jurubahasa Mahkamah.
00:49Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di lokasi dan waktu sama mengedah dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 50.85 gram.
00:59Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B Kurungan 1 Kurungan AADB 1952 serta boleh dihukum mengikut Seksyen Sama dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan bagi menunggu laporan kimia dan pelantikan peguam.
01:15Sementara itu, di Mahkamah Sama, Kok Kiong turut didakwa melakukan kesalahan pada 11 Jun lalu kira-kira jam 10.50 malam di lampu isyarat Jalan Tengku Ismail Temerloh apabila memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua wanita, Nur Erdina Syafia Muhammad Nazri 18 tahun dan Anies Erdina Sofia Airul Azman 18 tahun.
01:35Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Akta 333 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Julai depan bagi serahan dokumen serta pelantikan peguam.

Recommended