Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Tiga lelaki tak mengaku suap pegawai Imigresen RM25,000

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bharu pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh Gan Chi Qian, 31, Lai Yee Keong, 42, dan Wong Kent Sing, 51, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734161/berita/semasa/tiga-lelaki-tak-mengaku-suap-pegawai-imigresen-rm25000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #SPRM
Transcript
00:00Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session di Johor Bahru pada selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen Negeri Johor.
00:10Tertuduh Gan Chi Kian 31 tahun, Lai Kiong 42 tahun dan Wong Kent Sing 51 tahun membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.
00:26Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa memberikan wang tunai RM25,000 kepada Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri Johor di Pejabat Unit Tindakan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Taman Setia Tropika kira-kira jam 4.30 petang, 11 Januari lalu.
00:45Suapan itu diberikan sebagai dorongan agar pegawai imigresen terbabit tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap 5 orang pekerja asing yang melanggar syarat PAS dan Peraturan Imigresen 1963.
00:59Ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
01:08Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada setiap tertuduh dan 18 Julai ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended