Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Bekas pengarah kewangan PBT direman kes salah guna dana RM50 juta

Bekas pengarah sebuah jabatan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana berjumlah RM50 juta untuk pelaburan saham, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'acob.

Perintah reman dikeluarkan Majistret N.Sivashangari terhadap suspek lelaki berusia 57 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734169/berita/semasa/bekas-pengarah-kewangan-pbt-direman-kes-salah-guna-dana-rm50-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #salahgunadana #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Bekas pengarah sebuah Jabatan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT, di Rehman tujuh hari bermula selasa bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana berjumlah RM50 juta untuk pelaburan saham.
00:12Perintah Rehman dikeluarkan Magistrat N. Siva Syanggari terhadap suspek lelaki berusia 57 tahun.
00:19Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Melaka.
00:29Menurutnya, suspek disyaki melakukan perbuatan itu dari 2020 hingga 2023 dengan melantik isterinya yang bekerja di sebuah bank sebagai ejen pelaburan bagi pelaburan saham berjumlah kira-kira RM50 juta.
00:42Kata sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan dana wang awam dan juga wang amanah tanpa kelulusan pegawai pengawal kewangan.
00:51Sementara itu, pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Syafiee ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu tersebut dan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
01:05Terdahulu media melaporkan, suspek sebagai bekas pengarah kewangan sebuah PBT ditahan selepas disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan menggunakan dana PBT untuk membuat pelaburan saham.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended