Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada sebarang maklumat berhubung kedudukan Rafizi Ramli dalam Kabinet setakat ini, susulan keputusan pemilihan menyaksikannya tewas jawatan timbalan presiden.
00:00Ketua Penerangan PKR Fahmi Fazil berkata tiada sebarang maklumat berhubung kedudukan Rafizi Ramli dalam kabinet setakat ini, susulan keputusan pemilihan menyaksikannya tewas jawatan timbalan Presiden.
00:14Mengulas pertanyaan media mengenai langkah seterusnya oleh Rafizi, Fahmi berkata tumpuan kini diberikan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang masih berlangsung.
00:24Rafizi yang juga Menteri Ekonomi hadir pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitan hari ini.
00:32Kehadirannya menarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Jemaah Menteri selepas dewas pemilihan jawatan timbalan Presiden PKR Jumaat lalu.
00:42Pada 10 Mei lalu, ahli Parlima Pandan itu berkata beliau sedia meletak jawatan dalam kabinet jika gagal mempertahankan kedudukan dimenangi pada pemilihan 2022.
00:53Rafizi yang mendapat 3,866 undi dewas kepada Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi.