Penganalisis berkata PAS yang menunjangi SG4 perlu juga bukti mereka mampu perintah lebih baik daripada PH dan BN dalam usaha raih sokongan golongan itu.
00:00Penganalisis mencarangkan dua perkara penting dalam usaha PAS meraih undi bukan Melayu iaitu meletakkan calon bukan Islam di kursi selamat dan memperagakan kejayaan menerajui empat kerajaan negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
00:17Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata PAS perlu meninggalkan retorik politik untuk mengubah persepsi di mata pengundi bukan Melayu.
00:24Sementara itu Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Melayu berkata rasa tidak puas hati bukan Melayu kepada Pakatan Harapan akan beri kelebihan kepada PAS dengan parti itu menjawab isu-isu struktural termasuk isu kebebasan mengamalkan keagamaan dan keharmonian kaum serta menolak naratif teokrasi.
00:46Rusti Omar dari Universiti Utara Malaysia berkata untuk menarik sokongan bukan Melayu PAS perlu mengubah pendekatan dengan tidak terlalu fokus sentimen agama, bangsa dan raja-raja sebaliknya membawa pendekatan sederhana.
01:01Bagi Arif Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara, PAS dan Perikatan Nasional perlu bekerja lebih keras daripada apa dilakukan PKR, DAP dan Amanah sewaktu mereka bergerak sebagai pembangkang dengan pembawakan politik matang bebas unsur perkawaman.