Menara Kuala Lumpur telah ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan kerana ia dalam keadaan teruk, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.
00:30Ujarnya berdasarkan video dan gambar, kebanyakan peralatan termasuk di restoran berputar dan dapurnya tidak berada dalam keadaan baik atau menyenangkan pengunjung. Malah terdapat beberapa pagar di atas yang direndahkan sekaligus mengundang risiko keselamatan.
00:47Fahmi berkata syarikat baru LSH Service Master Sundian Berhad akan ditugaskan memperbaiki dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan pengunjung Menara KL.